Saturday, July 1, 2017

Falasi Sufi Salafi

Hisham TokWan

Long and last rant dari aku ttg perbalahan mazhab, nak move on, malas layan orang bodoh sombong yang banyak sangat dalam isu ni....

********************
VERSI POSITIF SALAFI: Memperjuangkan kefahaman bahawa Hadis dan dalil perlu disemak dan disahkan supaya tidak berlaku masalah bid'ah dan dogmaticism. Ilmu Hadis yang selalu dijuangkan amat bermanfaat kerana boleh menumpaskan hujah-hujah pengkritik Islam yang banyak mengkritik isu keaslian ajaran Islam. Ilmu Hadis diantara ilmu yang boleh menjadi bukti ajaran Islam yang asli memang boleh dibuktikan sahih, dan golongan salafi diantara yang banyak berjasa dalam hal ini.

VERSI NEGATIF SALAFI: Siapa baca qunut di waktu subuh dia tu ahlil bid'ah finnaarrrrr!!!

VERSI POSITIF 'SUFI': Mendidik akhlak dan adab, berlapang hati. Ilmu kalam amat luas ruang lingkupnya sampai mampu mematahkan hujah-hujah falsafah bukan Islam yang banyak mengganggu aqidah umat masa kini.

VERSI NEGATIF 'SUFI': Jom meratib dalam parit malam ni, sebab tok guru kata dia mimpi Nabi kata kalau meratib dalam parit malam ni, esok boleh terbang ke langit ke 7 jumpa arwah Bob Marley sebab Bob Marley sebenarnya ahli sufi!!!

***********
Hangpa nak tahu masalahnya dimana? Masalahnya ialah pentaksub salafi memukul rata sufi seperti sufi itu hanya seperti versi negatif sufi diatas. Dan vice versa pentaksub sufi lakukan masalah yang sama juga kepada golongan salafi.

Gagal menjadi objektif dan adil dalam berbahas, hanya memilih yang negatif sebagai kononnya bukti kebobrokan puak satu lagi. Dalam ilmu logik ia dinamakan falasi nutpicking. Banyak wakil-wakil kedua-dua extreme ini bukannya sedar pun mereka buat falasi ini.

Kedua-dua side mempunyai masalah hati iaitu riak dan sombong. Dari cara berhujah pun kita sudah nampak mereka tak ada langsung niat untuk nak membetulkan pihak lawan, berhujah hanya nak menunjuk aku juara hujah. Terer betul lah kau setan membelit hati hati mereka ini, aku respek kau setan! Serius ni!

Jangan cuba ditegur yang jenis fanatik kedua-dua puak ini, dia punya bebal syok sendiri dangan 'perjuangan kebenaran'nya memang sukar dibuang.

Mereka selalu buat falasi attacking the straw man, hasty generalization, to quo que, zero-sum, false dilemma, anecdotal, demonization, false cause, slippery slopes, ad hominem, burden of proof, false comparison, simplistic, non sequitor, drinking the cool aid serta pelbagai lagi falasi yang tidak objektif. Punya tidak objektif dan simplistiknya pemikiran mereka, teruknya, sampai kita tak tahu nak mula betulkan dari mana. Bila kita diam, dia syok sendiri pula!

Padahal geng pentaksub salafi ini(bawah ni aku maki 'sufi' juga, baca bagi habis bodoh!), kalau di-grill pemikiran mereka menggunakan hujah diluar parameter hujah Islamik, contohnya guna hujah falsafah atau ilmu Barat untuk melihat robust atau tidak pemikiran mereka bila berdepan hujah bukan Islam, memang kantoi teruk geng ni. Contohnya isu vantage point Islam dalam isu keaslian Bible, melalui point formgeschichte atau textkritik(entah faham ker tidak ni entah), salah satu contoh lah, masuk bab ism-ism Barat lain, jadi tikus repair labu terus, makin terbodoh saja dalam cubaan mereka kononnya nak merepair ummat...

Sama juga dengan extreme 'sufi', kalau di-grill melalui hujah perbandingan dengan hujah selain dunia Islam, contohnya melalui hujah sociology, anthropology, jadi bengong terus depa ni! Dua kali lima saja tikus baiki labu macam extreme salafi.

Konklusinya kedua-dua side extreme ini hanyalah jaguh kampung. Pakar menganjing sesama muslim sahaja. Perpecahan umat, itu saja result yang mereka buat.

Skrg tahun 2017, orang dah mula nak bincang posthumanism, transhumanism bagai, iaitu nak intergerate manusia dengan robot AI bagai, nak tanam kentang di Marikh, nak eradicate suffering melalui sains, nak hidup lama(super longevity) serta pelbagai lagi idea pelik-pelik yang menunggu nak melingkupkan manusia.

Salah seorang guru aku dulu ada cakap, "Some people will never be objective and nothing can be done about that" Bro Shah Kirit.

Mungkin kita boleh biarkan, tinggalkan saja dua geng polarity extreme 'sufi' dan extreme salafi ni dari ummah kita, better kita fokus kepada perjuangan yang lebih besar melawan worldview-worldview Barat yang lebih penting dari dok layan dua puak extreme syok sendiri ni...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1720785757961554&set=a.118682001505279.7669.100000904389583&type=3&theater