Wednesday, May 8, 2013

Ontologi/Wujudiyyah Sifat-sifat Tuhan

https://www.facebook.com/notes/ahmad-syaibani-ramli/ontologiwujudiyyah-sifat-sifat-tuhan/457376384345191


Kita jelaskan dahulu berkenaan pengkelasan asyak kepada empat dari segi keadaan dan ketiadaannya;

(1) Wujud. Ada di dalam dan luar akal.

(2) 'Adam. Tiada di dalam dan luar akal.

(3) Amrun iktibari. Ada di dalam akal sahaja.

(4) Haal. Bukan wujud dan bukan 'adam. Ia tengah antara dua itu.

Sifat nafsi adalah diri Tuhan sendiri. Oleh itu ia masuk dalam kategori wujud. Ini satu qaul. Qaul lain kata ia masuk dalam kategori amrun iktibari. Qaul lain kata ia masuk dalam kategori haal.

Sifat maknawi masuk dalam kategori wujud. Ia bukan 'adam. Bukan amrun iktibari. Bukan haal. Ia maujud yang berdiri sendiri pada zat Tuhan. Ia memang ada sebagaimana adanya kita dan sebagaimana adanya Tuhan. Ia bukan zat Tuhan. Ia diceritakan sebagai "perkara tambahan pada zat Tuhan selain zat-Nya". Wujudnya berdiri sendiri pada zat Tuhan tanpa 'illah.

Sifat maknawiyah masuk dalam kategori haal. Ia bukan wujud. Ia bukan amrun iktibari. Ia bukan 'adam. Ia dikira 'wujud' kerana wujudnya 'illah. 'Illahnya ialah sifat maani. Oleh itulah 'wujud'nya secara haali bukan wujudi mutlak. Buat mudah faham, seseorang itu dikata berilmu (maknawiyyah) kerana dia mempunyai sifat ilmu (maani) pada dirinya. Seseorang yang tidak punyai sifat ilmu, orang-orang bodoh dan jahil umpamanya, tidak dikatakan berilmu.

Sifat salbiyyah masuk dalam kategori 'adam. Ia bukan wujud. Ia bukan haal. Ia bukan amrun iktibari. Secara hakikatnya ia tiada sama sekali.


Rujukan:

(1) Imam Juwaini rhm (5H). Kitab Al-Irsyad.

(2) Imam Baijuri rhm (11H). Kitab Tuhfatul Murid li Jauharah Tauhid.

(2) Ustaz Zaidi rhm. Dhobit dari kalam beliau.

(3) Ustaz Aqli rhm. Risalah Fikriyyah Dalam Menghuraikan Jauharah Tauhid.

(4) Ustaz Amiruddin rhm. Santri Baba Khairul rhm dan Ustaz Sobri rhm.




*Faqer Muhajir tlg cek betoi dak aku tulis ni

LikeShow More Reactions
Comment
25 comments
Comments
Ahmad Syaibani Ramli Yah..kosmologi Syaikh Ibn Arabi dan Syaikh Fakhrudin al-Razi rahimahumallah masih tak tersentuh oleh pelajar agama skarang. Epistemologi dalam kitab-kitab ilm kalam pun masih asing dlm kalngn kita, azhariyyun. Ini baru azhariy!
Ahmad Irfan kosmologi menurut al ikhwan
Faqer Muhajir hohoho 
1st of all tahniah sbb berjaya mngupas pecahan perkara dn sifat dgn baik alhamdulillah...baarakAllahu fikum..
2nd- faqer cadangkan mana2 istilah yg xmampu dsebut secara fasih dgn lidah melayu ada baiknya dihadirkn lafaz asalnya (dlm bhs arab)
...See more
Na'im Saalic terbaek Ahmad Syaibani Ramli.moga2 demo jadi azhari sejati.
Azzubir Ahmad Siuti A'yan tsabitah sama dgn amrun iktibaari k?
Ahmad Syaibani Ramli *Pos ini adalah berdasarkan kefahaman saya pada masa itu. Setelah 3 tahun, banyak yang saya belajar, alhamdulillah kefahaman bertambah, dan apa yang saya tahu sekarang tidak menyamai apa yang tertulis di pos ini. Sekadar makluman.
El-Manjunji Chan Maaf, saya nk tumpg tanya sikit, apa pandangan imam al-asy'ari mengenai ahwal?
Annuar Azmi Tak menyamai tu maknanya hat dlu salah ka akh Ahmad Syaibani Ramli
Wan Muhammad Ajwad Al-Ahmadi Tolong bt post baru yg lebih tepat pleasee. ^^
Ahmad Syaibani Ramli Akan diusahakan inshaAllah. Utk faham betul betul tentang perkara ni kena faham betul bab alwujud dlm kitab Kalam iaitu sebahagian drpd umuur ammah
Wan Muhammad Ajwad Al-Ahmadi Yeay. Alhamdulillah. Ana Agak keliru beberapa istilah, lepas ana baca post ustaz, rasa cerah. Tp ustaz kata ada yg kurg tepat. Tu nk kena tgok balik. Haha. Gee.
Ahmad Syaibani Ramli Ni ana tulis masa belum pernah belajar bab umuur ammah. Boleh dikatakan pembahagian di atas menurut huraian tok tok guru pondok di msia
Annuar Azmi Maknanya anta dah mnyalahi depa ka??
Ahmad Syaibani Ramli Yg ana tau ana cuba ikut huraian muhaqqiqun mutakallimun spt altaftazani
Wan Muhammad Ajwad Al-Ahmadi Ada pdf o kitab umur aamah x? Nanak. >..<
Ahmad Syaibani Ramli Umuur ammah adalah bab kedua drpd kitab kitab Kalam. Ana cdg baca dulu yg mudah spt misbahul arwah oleh baydhawi atau yani'ul azhar oleh sulaiman alabd. Search pdf di internet. Insha Allah ada
Wan Muhammad Ajwad Al-Ahmadi Ok tuan. Klu ada kt maktabah lebih afdol kaannn. Mudah nak dhobit.
Ahmad Syaibani Ramli Bila masa ana jd tuan enta? Hehehehee. Buku sulaiman abd tu ada kat maktabah ruwak azhari tahqiq guru kami sheh ahmad. P la beli
Wan Muhammad Ajwad Al-Ahmadi Haha. Sejak enta mguasai bidang ini. Hahaha. Daku hamba bg sesiapa yg mgajarku. Kihkih. 

#jgnmasukkanistilahtaabbudipleaseeehaha
Ahmad Syaibani Ramli Lak ya sayyidi.belum kuasai. Silap tu

No comments:

Post a Comment