Friday, December 4, 2015

Benarkah Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran sebagaimana dakwaan Wahabi?

Dakwaan Wahabi terhadap Imam al-Ash'ari:
Peringkat pertama: Imam al-Ash’ari berada dalam Mu’tazilah sehingga beliau berusia 40 tahun.
Peringkat kedua: Imam al-Ash’ari keluar daripada Mu’tazilah untuk mengikut pegangan Ibn Kullab.
Peringkat ketiga: Imam al-Ash’ari keluar daripada mengikut pegangan Ibn Kullab untuk kembali kepada ASWJ (Salaf) sebagaimana pegangan Wahabi sekarang.

Penjelasan Ringkas:

1. Kisah Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran tidak pernah disebutkan oleh mana-mana tokoh ulama silam selepas Imam al-Ash’ari. Tokoh-tokoh tersebut mustahil bersepakat atau sengaja melupakan kisah ini jika benar Imam al-Ash’ari telah melalui tiga peringkat pemikiran memandangkan beliau merupakan seorang ulama ASWJ yang sangat masyhur untuk dijadikan tempat rujukan.

2. Adapun riwayat yang sampai kepada umat Islam hari ini adalah seperti tulisan Ibn ‘Ashakir yang dinukilkan daripada Abu Bakar Ibn Furak bahawa Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja iaitu Mu’tazilah dan ASWJ. Kenyataan sama turut dikemukakan oleh Ibn Khalikan dengan menegaskan bahawa Imam al-Ash’ari merupakan seorang pembela ASWJ. Menurut Ibn Khaldun pula, setelah Imam al-Ash’ari berpaling daripada Mu’tazilah, beliau telah mengikut tokoh-tokoh Salaf daripada kalangan ulama ASWJ seperti Ibn Kullab, al-Muhasibi dan al-Qalanisi.

3. Namun sebilangan ulama Asha’irah seperti al-Zabidi menyatakan bahawa Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran terutamanya berkaitan nas-nas sifat mutashabihat iaitu, peringkat pertama; bersama Mu’tazilah dalam menafikan sifat kabariyyah, peringkat kedua; berpegang dengan metode takwil Khalaf, dan peringkat ketiga; berpegang dengan metode tafwid Salaf. Harus difahami bahawa penjelasan al-Zabidi ini bukan menunjukkan Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran sebelum kembali kepada ASWJ sebagaimana dakwaan Wahabi.

4. Sebaliknya kenyataan tersebut tetap menunjukkan Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja, cumanya ketika Imam al-Ash’ari bersama ASWJ, menurut al-Zabidi, beliau dikatakan berpegang kepada takwil Khalaf pada awalnya dan tafwid Salaf pada akhirnya. Pandangan ini timbul disebabkan perselisihan ulama dalam menentukan karya terawal dan terakhir Imam al-Ash’ari, iaitu sama ada karya terawal dan terakhir beliau menggunakan metod Salaf atau Khalaf.

5. Tetapi para ulama Asha'irah berpendapat bahawa peringkat awal Imam al-Ash'ari dalam ASWJ ialah berpegang dengan metode Salaf dan peringkat akhir ialah metode Khalaf. Harus diingat bahawa kedua-dua metode adalah tidak bercanggah dengan ASWJ.

Catatan:
Sila rujuk artikel saya bertajuk Peringkat Pemikiran Imam al-Ash'ari Dalam Akidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Rujuk artikel saya di sini.

https://www.facebook.com/rashidiwahab

No comments:

Post a Comment