PERINGKAT PERTAMA
Pelajar bermula dengan matan Isaghuji untuk mengenali permasalahan ilmu ini secara umum.
Kemudian, mula mengkaji permasalahan secara terperinci. Mulakan dengan Al-Matla' Sharah Isaghuji oleh Shaikhul Islam Zakariya Al-Ansori.
Kemudian, Sharah Allamah Husamuddin Al-Kati ke atas Isaghuji.
Peringatan : Tidak elok secara kebiasaannya, pada peringkat permulaan pelajar mempelajari Sharah Al-Fanari atau Sharah Al-Kalanbawi, atau kitab yang berada pada martabah kedua-duanya, seperti Sharah Al-Malawi ke atas matan Sullam Muraunaq. Lebih elok dipelajari kitab-kitab sedemikian selepas pelajar melepasi peringkat pertengahan dalam ilmu Mantik, Balaghah, Wadok dan Maqulat.
PERINGKAT KEDUA
Mulakan dengan matan Tahzibul Mantiq oleh Allamah Al-Taftazani untuk mengenali permasalahannya secara umum. Pengenalan umum ini tidak sama dengan pengenalan secara umum pada peringkat pertama tadi, kerana dalam Tahzib ada permasalahan yang tiada dalam Isaghuji.
Kemudian, pengkajian secara terperinci dimulakan dengan Tazhib Sharah Tahzib oleh Allamah Al-Khabisi.
Kemudian, Sharah Allamah Al-Dawwani atas Tahzib.
Kemudian, Sharah Allamah Al-Yazdi atas Tahzib.
Peringatan : Pelajar tidak digalakkan melihat super-komentar (hasyiah-hasyiah) ke atas Tahzib seperti Hasyiah Allamah Hassan Al-Attar dan Hasyiah Allamah Al-Dusuqi, melainkan jika ada keperluan. Jika tidak, maka akan merugikan masa. Bahkan super-komentar ini dilihat selepas melepasi peringkat ketiga nanti. Begitu juga super-komentar ke atas Sharah Al-Yazdi.
PERINGKAT KETIGA
Bermula dengan matan Shamsiyah.
Kemudian, Tahrir Qawaid Mantiqiyah Sharah Shamsiyah oleh Allamah Qutbuddin Al-Razi.
Kemudian, Sharah Shamsiyah oleh Allamah Al-Taftazani.
Kemudian, Sharah Matali' oleh Qutbuddin Al-Razi. Matan Matali' Adalah karangan Allamah Al-Armawi.
Kemudian, matan Sullamul Ulum oleh Allamah Al-Bihari.
Kemudian, pengakhiran yang baik dengan kitab Isyarat wa Tanbihat bahagian Mantik karangan "Shaikhul Mantik" iaitu Shaikh Rais Ibnu Sina.
Peringatan lain : Pelajar jangan memutuskan dirinya dengan ilmu Mantik selepas berjaya melepasi peringkat-peringkat ini, bahkan mestilah selalu membaca kitab-kitab Mantik dan hasyiah-hasyiahnya khususnya yang dikarang ulama bukan arab. Tetapi disyaratkan juga mahir dalam ilmu-ilmu alat.
(Terjemahan daripada tulisan guru kami Shaikh Ahmad Al-Shazuli Al-Azhari hafizahullahu taala)
https://www.facebook.com/ahmadsyaibani.ramli/posts/1115333445216145
No comments:
Post a Comment