Monday, February 6, 2023

Nota: Islah

 Soleh+ah = seorang yang melakukan Sulh = Islah. 


Islah ialah pembaikan, improvement, progression kepada yang lebih baik. Lawan islah ialah fasad = corruption, regression.


Syarat Islah:

1. Tahu apa yang baik, terlebih baik (Haqiqah).

2. Sedar-insaf apa yang kurang, perlu diubah.

3. Perubahan, proses mengubah.


======================================


Sharat Islah.


1. Tahu apa yang baik = kenal haqiqah. Iaitu tahu-kenal  kadar-kadar sebenar sebagaimana segalanya diciptakan. Dan kaitan-kedudukan Pencipta diatas semua itu. Ini cerita ilmu.


2. Sedar realiti sendiri/sekeliling, dalaman (batin) dan luaran (zahir) berbanding dengan haqiqah (hakikat) #1 di atas yang sepatutnya dicapai. Sedar yang benar => insaf. Insaf = hal. Ini cerita kepada hal.


3. Proses perubahan, ubah, menukar-ganti, menambah-baik yang buruk kepada baik, yang baik kepada terlebih baik. Aktivitinya (motion) dari perkara fikir, tutur dan tindak. Ini cerita amal.



======================================


Halangan & Ancaman kepada Islah


1. Ilmu yang salah dan/atau keliru. Yang tidak benar disangkakan benar dan sebaliknya. Memahami haqiqah, kadar bukan sebagaimana sepatutnya dek kelemahan-ancaman  aqliyyah, shahwaniyyah, iblisiyyah, syaitaniyyah, moderniyyah dan segala ism-iyyah.


2. (a) Tanpa ilmu yang benar hal yang benar tidak berlaku. Tanpa hal yang benar insaf tidak berlaku. Therefore (b) Lalai = tidak sedar, tak peduli (haqiqah) hidup dalam mimpi dan anganan, zombism, berpanjangan.


3. Tanpa hal yang benar, ilmu hanya kekal teori. Tiada 'amal. Tiada perubahan berlaku, kecuali perubahan dari jahil (bodoh) kepada alim (pandai).


======================================


Sebab itulah kita pohon bukan sahaja petunjuk (hidayah) tetapi juga nudge (tawfiq) kepada amal yang mensahihkan ilmu, kerana *ma'rifah* yang benar (true+correct knowledge + hal) *membuahkan pengi'tirafan* yang benar (true+correct acknowledgement; i.e. 'amal).


Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment