Kita sering juga mendengar orang berucap atau bercakap dlm bermotivasi dengan menyebut hadis ini
رُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِعْمَلْ لدُنْيِاكَ كأَنَّكَ تَعِيشُ أَبَداً واعْمَلْ لآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تموتُ غَداً
Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash z bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, “Beramallâh (bekerjalah) untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan beramallâh untuk akhiratmu seakan-akan kamu akan mati besok.”
Saya membaca kajian mengenai kesahihan hadis ini dan mendapati hadis ini boleh disifat palsu.
Hadits ini tidak ada asalnya (hadits palsu) yang dinisbatkan kepada Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam.Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah mengatakan, “Hadits ini tidak ada asalnya secara marfu’ (dari Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam) meskipun dia sangat popular diucapkan di kalangan kaum Muslimin zaman sekarang.”
Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Ucapan ini diriwayatkan sebagai hadits dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam , padahal ini bukan hadits.”
Yang benar pernyataan di atas diriwayatkan dari ucapan Shahabat ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhu . Itupun sanad periwayatannya lemah.
Hadis lain yg membawa maksud yg hampir sama diriwayat oleh Baihaqi dlm Sunan Kubra didapati lemah kerana ada rawi yg tidak dikenali.Begitu juga hadis yg diriwayat oleh Imam al Qudhai,yg diriwayat oleh Anas b Malik yg dikeluarkan oleh Dailami juga didapati lemah dg perawi yg diragukan.
Kesimpulannya hadis ini palsu jika dikata dari rasulullah,jika disebut dari sahabat juga dikatakan lemah.Bahkan jika diteliti dari segi maksud,ianya bercanggah dg firman Allah kerana lebih memotivasi keduniaan,sedangkan dlm firman Allah serta hadis nabi yg lain lebih mengutama akhirat
Allâh Azza wa Jalla berfirman:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allâh kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (urusan) dunia [Al-Qashash/28:77]
Pada firman ini jelas Allah menyuruh mengutamakan akhirat tetapi kadar tidak lupa bahagian dunia.Dan dalam sebuah hadits yang shahih, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا قَلَّ وَكَفَى خَيْرٌ مِمَّا كَثُرَ وَأَلْهَى
Sesuatu (harta dan perhiasan dunia) yang sedikit dan mencukupi lebih baik daripada yang banyak dan melalaikan (dari berdzikir kepada Allâh Azza wa Jalla).Lihat penjelasan Syaikh al-Albani dalam kitab Silsilatul Ahâdîtsidh Dha’îfati wal Maudhû’ah (2/373, no. 874).
Tujuan saya hanyalah untuk membetulkan fahaman kerana hadis palsu ini diguna dg luas oleh mereka yg berhujah untuk berjaya dlm hidup didunia,mereka yg menjual agama demi kepentingan dunia.Kita tidak disuruh bermatian bekerja untuk dunia,tetapi lebih baik bermatian dlm hal untuk kebahgiaan akhirat.Sedikit yg cukup lebih baik dari banyak yg melalaikan,kerana kita lihat begitu lumrah orang yg kaya lupa kpd agama,lupa ibadat.Wallahua'lam abdghaniharon.
https://www.facebook.com/ali.abu.9/posts/1114796771962421