https://www.facebook.com/schoolofislamicthought/posts/1309488675747438
Ulama' Ahlussunnah Wal-Jamaah menjelaskan bahawa alam (makhluk allah) terbahagi kepada dua bahagian, iaitu benda (ain) dan sifat benda (aradh). Kemudian benda menjadi dua. Pertama jauhar al-fard, iaitu benda yang tidak dapat dibahagikan lagi kerana telah mencapai batas terkecil.
Dan kedua, jism, iaitu benda yang dapat dibahagi menjadi bahagian-bahagian.
Benda juga terbahagi kepada benda lathif ( sesuatu yang tidak dapat dipegang oleh tangan seperti cahaya, kegelapan, roh, angin, dsbg), dan benda katsif ( sesuatu yang dapat dipegang oleh tangan seperti manusia, tanah, benda-benda padat).
Benda juga mempunyai sifat yang melekat pada dirinya (aradh) seperti bergerak, diam, duduk, berada di tempat arah, turun, naik, dan sebagainya.
Ulama' membahagikan sifat-sifat ini kerana munculnya kelompok Mujassimah dan Hasyawiyyah yang mengatakan bahawa Allah itu duduk di suatu tempat dan mempunyai anggota seperti manusia.
Sudah ditegaskan di atas bahawa Allah tidak menyerupai makhluk-NYA, sehingga sudah tentu bahawa Allah itu bukan al-jauhar al-fard, bukan jism, bukan benda lathif, dan bukan benda katsif.
No comments:
Post a Comment