Pertama, antara sebab yang menjadikan seorang pemikir itu sebuah sosok yang besar adalah kemahirannya mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang besar. Jadi, tidak mungkin konsep "loss of ādāb" yang diutarakan oleh Prof Al-Attas itu sekadar merujuk kepada kerancuan yang kecil-kecilan. Dan kekeliruan dalam kalangan ilmuwan adalah lebih besar berbanding kekeliruan dalam kalangan orang awam.
Kedua, keadaan "loss of ādāb" ini diakibatkan oleh "confusion in knowledge". Kekeliruan ilmu tidak berlaku kepada orang² jahil. Kerana orang jahil memang tidak berilmu. Kekeliruan ini hanya berlaku kepada ahli² ilmu. Justeru, mengukuhkan lagi hakikat bahawa bahana "loss of ādāb" ini perlu diberikan perhatian lebih ke atas ahli² ilmu.
Ketiga, Al-Attas mengembalikan semua simptom kekeliruan tersebut kepada punca yang paling utama (First Cause) iaitu punca yang bersifat metafizikal. Dan tidak ada seorang insān pun yang mampu melakukan kekeliruan di peringkat metafizikal melainkan orang² yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang ilmu.
Akhir sekali, masalah yang besar bukanlah muncul akibat kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang biasa. Orang² biasa tidak mampu menghasilkan kerosakan pada skala besar. Contohnya, modernism ialah natijah daripada gagasan Descartes, Kant, Voltaire, dan lain². Mereka ini semua bukan orang² yang mempunyai tahap intelektualism yang biasa².
Lalu, apakah salah satu contoh kekeliruan yang ditujukan oleh Prof Al-Attas apabila beliau merujuk kepada "loss of ādāb" dalam dunia Islām? Scientism; dan pendemokrasian ilmu serta autoriti ilmu.
https://www.facebook.com/AbuRadhiah94/posts/1467732989925500
No comments:
Post a Comment