Siri 1
Siri 2
Siri: 3 : TINGKATAN KEJAHATAN RIYAK
Pada siri lepas, Atok dah senaraikan ENAM JENIS perkara yang diriyakkan oleh seseorang hamba, ringkasnya;
1. Tubuh-badan
2. Kelakuan
3. Pakaian
4. Tutur-kata
5. Amal ibadat
6. Murid, Guru, Taulan, Pengikut
Maka inilah perhimpunan perkara yang diriyakkan oleh orang-orang yang riyak! Kesemua mereka yang riyak, MEMPERGUNAKAN perkara tersebut, untuk MENCARI KEMEGAHAN & KEDUDUKAN DI HATI MANUSIA!
Namun, kemegahan dan kedudukan yang dicari itu, berbeza-beza hujung matlamatnya. Perbezaan ini menatijahkan beberapa TINGKATAN RIYAK YANG KEJI. Antaranya;
1. Hanya hendak DISANGKA BAIK. Maka jika dia mengetahui bahawa dirinya disangka baik di sisi masyarakat, dia gembira. Tetapi jikalau dia dicela, dituduh melakukan kesalahan dosa, dia berasa tidak tenang! Dia akan berusaha sedaya upaya membersihkan nama baiknya daripada tuduhan tersebut. Dia hanya MAHUKAN NAMA BAIK DI HATI ORANG, dia bukan mahukan harta! Inilah darjat riyak paling rendah.
2. Tidak cukup dengan hanya nama baik di hati orang, bahkan mahukan PUJIAN & SANJUNGAN DI LIDAH MANUSIA.
3. Tidak cukup dengan pujian, bahkan mahukan KEMASYHURAN serata dunia, supaya menjadi tumpuan ramai, serta dikunjungi manusia pelusuk benua. Ini dalam istilah Atok, GILO PUBLISITI & POPULARITI!
4. Tak cukup dengan #3, bahkan mahukan KEMASYHURAN DI SISI RAJA, PEMERINTAH, KERAJAAN, supaya pendapat jua rekomendasinya diterima, hajat-hajat manusia diperkenankan melaluinya, maka dia memperolehi KEMEGAHAN di khalayak umum.
5. MEMANIPULASIKAN #1, #2, #3, #4, sebagai batu loncatan bagi menghasilkan dan menghimpunkan HARTA BENDA & KEMEWAHAN DUNIA, walau apa cara sekalipun, hatta dari sumber harta wakaf, harta anak-anak yatim dan lain-lain lagi sumber yang haram!
Nah! inilah TINGKATAN KEJAHATAN PE'RIYAK'. Mereka mempergunakan Agama, untuk mendapatkan dunia! Merekalah yang menjual Agama, pada kadar harga Dunia!
Mungkinkah 'mereka' itu 'KITA' ?
Na'uzubiLlāh!
No comments:
Post a Comment