oleh Prof. Naquib al-Attas
Sekarang kita ambil contoh berkenaan kayu. Katalah ada seseorang tanya saya, “Apa itu kerusi dan bagaimana engkau mendefinisikannya?” Jadi, jika berkenaan bentuknya, saya katakanlah ia ada empat kaki, warnanya coklat dan berlapik kulit. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya berkenaan jawapan tersebut. Artis akan mengatakan ia bergantung kepada bagaimana seseorang memandang kerusi itu, di mana ia terletak, dan sudut cahaya yang menghala kepadanya. Kemudian fizikawan akan menegaskan bahawa ia terdiri daripada berbagai2 atom — sampai kepada berbagai2 lagi unsur yang terkandung dalam kerusi itu termasuklah sekayu mana kayu itu dengan memeriksa paku2 (yang diperbuat daripada besi) dan unsur2 lain selain kayu, dan apa atom yang terkandung dalam besi itu. Sejarawan pula akan tanya, dari mana datang kayu itu, dari hutan mana asalnya, bila ia dibuat, siapa tukangnya, jika pemotong kayu gunakan kapak, siapa pula yang buat kapak itu, siapa nama pemotong kayu itu. Jadi, jika engkau berterusan tanya sedemikian, kerusi itu menjadi masalah buat engkau, seterusnya kerusi itu dilupakan. Inilah yang nampaknya dilakukan para saintis moden.
Tapi, bila manusia memandang kerusi itu, manusia terus tahu bahawa ia adalah kerusi, pandangannya tidak sama dengan pandangan2 di atas kerana mereka yang disebutkan di atas itu sudah tidak bercakap berkenaan kerusi, tetapi benda lain. Maka apa yang dapat dikatakan adalah mungkin untuk mengetahui makna kerusi, maka yang perlu diketahui adalah had kebenaran yang mana apabila melampaui had ini ia bukanlah kerusi. Apa pula yang dimaksudkan dengan had kebenaran ini? Kerusi itu ada kerana manusia ada, tanpa manusia ia tiada — jawapannya ini engkau boleh dapat dengan beralasan, kerana manusia sahajalah yang melakukan perbuatan duduk. Dengan kata lain, kewujudan kerusi bergantung kepada perbuatan duduk itu. Inilah hadnya — jika tiada perbuatan duduk, tiadalah kerusi. Jadi jika engkau mengehadkannya sedemikian, dapatlah engkau tahu apa benda yang dikatakan kerusi itu. Satu perabot untuk engkau duduk yang memberikan pula kerehatan.
Karangan tadi berkenaan ilmu yakin. Saintis atau Barat memang sentiasa tak yakin dengan "kerusi" kerana yang ditinjau bukan lagi "kerusi", tetapi benda lain YANG DITINJAUNYA, sampai akhirnya meragui kepastian adanya ilmu ITU SENDIRI menyebabkan Barat sentiasa PROGRESS. CUBA FIKIR, JIKA KITA IKUT SENTIASA TAK PASTI SEDANGKAN NABI MUHAMMAD DAH ADA, MAKNANYA APA YANG NABI MUHAMMAD AJAR ITU PON BELUM PROGRESS ATAU BELUM SAMPAI kepada MAKNA SEBENAR SESUATU. INILAH YANG KORANG AJAR KAT KORANG SENDIRI KEMUDIAN KORANG AJAR LAK KAT ANAK2 KORANG DALAM SEMUA BIDANG DI UNIVERSITAS. Bahasa istilahnya sufastaiyyah, indiyah, la adriyah etc. Jangan main2 k.
No comments:
Post a Comment