Thursday, May 18, 2017

Pesan Berantai Menjadi Dosa Berantai

Dalam satu kursus bina diri,dibuat satu permainan pesan berantai iaitu peserta berada dalam satu baris.Satu pesanan secara lisan disampaikan kpd seorang yg di hujung baris dan diminta disampaikan kepada orang dibelakangnya dan orang itu pula menyampaikan kpd orang seterusnya hingga ke hujung baris.Apa yg didapati ialah apa yg disampaikan kpd peserta pertama sudah berubah bila disampaikan pada peserta terakhir.

Iktibar yg selalu diambil dari permainan ini ialah perlunya ketelitian dalam komunikasi dan mendengar serta memahami.Sikap manusia suka menambah, memanjang,menghubung, menghurai ikut fikirannya.Kelemahan manusia untuk mengingat tidak sama antara mereka.

Dalam ilmu komunikasi moden disebut hal ini sebagai data processing inequality iaitu proses informasi biasanya tidak menambah baik informasi,sebaliknya berkurang baik dari segi maklumat atau qualiti maklumat.Dengan ini difahami apa juga maklumat yg sampai kpd kita, mungkin telah ada perubahan, penambahan dan kecacatan dari sumber asal, maka jika kita nak pastikan maklumat itu betul,tepat,kita kena kembali ke sumber asal atau mensahihkannya.

Rasulullah telah menyedari hal ini sebelum kita menemui teori data processing inequality atau iktibar dari pesan berantai, yg menyebabkan baginda mengingatkan umatnya sejak dari zamannya dg sabdanya.

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Cukup seseorang dikatakan berdusta, jika ia menceritakan segala apa yang ia dengar.” (HR. Muslim no. 5).

Imam Malik menyebutkan, "Ketahuilah, sesungguhnya seseorang tidak akan selamat jika dia menceritakan setiap yang didengarnya, dan dia tidak layak menjadi seorang imam , sedangkan dia selalu menceritakan setiap yang didengarnya".

Jadi apa juga maklumat yg kita dengar,yg disampaikan,tidak boleh kita sampaikan kpd orang lain selagi kita tidak mensahihkannya kerana dikhuatiri maklumat itu telah berubah dari asalnya,dan dg itu kita digolongkan sebagai berdusta.Dalam dunia moden hari ini dimana manusia makin kurang bercakap tetapi lebih berwhatsapp,share,copy, walaupun mungkin perkataan tetap sama,tetapi kesahihan sumber perlu dipastikan.Mungkin juga maklumat itu telah berubah bila masa berlalu, contoh yg perlu bantuan kerana sakit,telah dibantu,atau telah mati, sedangkan kita masih share,copy cerita yg lama.Tidakkah itu satu dusta dan pembohongan.Istilah 'saya copy dari group sebelah' tidak menyebabkan malaikat yg dikiri tidak mencatatnya sebagai dosa,kerana kita tidak sahihkan,kita berdusta.Saya tahu,hasrat hati nak buat baik tetapi telah menjadi dosa yg berantai kerana ujudnya manusia lain pula yg share,copypaste.

Berhentilah dari memanjang maklumat tanpa kesahihan,nabi larang.Tolong sampaikan itu baik,tetapi sahihkan,jangan bila ditanya,sekedar jawab saya tolong panjangkan shj.Bahkan ada orang yg menulis kata bagai mengancam 'jika anda seorang muslim','jika anda ada hati' dsbnya untuk minta dipanjangkan, adalah sesuatu yg menjebak dosa.Hakikatnya jika kita tidak menyebar satu maklumat,bukanlah berdosa,tetapi jika kita menyampai maklumat yg tidak benar,itu dusta.Sebab itu disebut diam lebih baik dari berkata kecuali perkataan yg baik dan benar.

Beberapa kali saya pernah mendengar orang perkhabaran seseorang mati,tetapi akhirnya,tersalah maklumat.Ada seorang ajk masjid ditempat saya dah buat pengumuman seseorang mati kerana dengar cerita,nasib baik ada jemaah yg segera mensahihkan dan membetulkan maklumat yg salah itu.Saya rasa anda pun pernah alami hal ini,inilah bukti benarnya pesan nabi.Berhentilah dari bercerita, share,copy,whatsapp sesuatu yg tidak disahihkan sendiri,anda sedang menjana dosa berdusta.Dok rasa kita buat baik,rupanya dok berdusta. Wallahua'lam

abdghaniharon

RAYUAN
Bernaung dibawah projek sedekah jariah rakan fb saya kini ada 190 anak yatim yg mengharap sepasang pakaian baru untuk hari raya.Menyumbanglah ke 557410515106 maybank abd ghani haron,kami akan belikan untuk mereka pada minggu pertama ramadan.

No comments:

Post a Comment