Friday, January 8, 2016

Cultured


https://www.facebook.com/rausyanfikir
Dalam Bahasa Inggeris istilah "cultured" membawa makna "refined" dan "beradab".
Food security adalah sebahagian daripada national security.
https://www.facebook.com/matsaman.kati?fref=nf

“What do you mean by ‘no more agriculture’?”.Chantal tanya aku.

“Look at the word. ‘Agri culture’. Pertanian adalah budaya...cara hidup..ad deen..a way of life. Pertanian menghasilkan makanan. Makanan yang sihat melahirkan badan yang sihat. Badan yang sihat melahirkan pemikiran yang sihat. Pemikiran yang sihat melahirkan budaya yang sihat. Budaya yang sihat melahirkan masyarakat yang sihat. Masyarakat yang sihat melahirkan negara yang sihat.

Tapi sekarang negara dah sakit kerana masyarakatnya sakit...budaya semakin hilang..pemikiran semakin celaru..kerana memakan makanan yang tak sihat. Makan sayur beracun, ikan tercemar, kambing kondem, lembu sakit…”

“Wait a minute..you said kambing kondem..what is that?”

“Kalau kambing tu sihat..yang jantan tengah galak memanjat..yang betina tengah rajin beranak dan mengeluarkan susu..pasai apa aku nak sembelih dan jual murah? Kambing yang disembelih adalah kambing yang sakit atau nak mati..yang dah tak boleh beranak..atau yang patah kaki atau telinga berulat..yang tu la aku sembelih. “

“You’re cheating people!”

“No..aku bagi depa pilihan sama ada nak kambing sihat tapi mahal sikit..atau kambing murah. Depa pilih yang murah dan tak peduli pun pasai apa murah.”

“Why can’t you emulate the Australian? Good quality mutton at low price.”

“Of course I can. Find a good breed, inject with antibiotics, vitamins and hormones.. by 6 months my goat will be around 50-60kg. Of course I can sell it cheap.”

“Why don’t you do it?”

“Why compete if you can monopolize? Kekuatan aku bukan bisnis. Kekuatan aku ialah research. I made more money from research than selling goats.”

“You’re selling information?”

“Nope..selling knowledge. People who sell information are agents. I’m a consultant.”

“Whoa..so, you’re not really a farmer or agriculturist?”

“Macam yang aku cakap..budaya pertanian sudah hilang. Tak ada sekolah atau universiti di Malaysia yang mengajar tentang budaya pertanian. Yang ada hanya agrosains atau agrobisnis. No more agriculture.”

“Don’t you think agriculture is important?”

“Of course. Itu sebabnya aku buka ladang ini untuk mengkaji budaya pertanian.

See..negara sedang sakit kerana sistemnya sudah rosak. Aku cuba mengubah sistem melalui demokrasi..aku gagal. Aku cuba menyalakan api revolusi..gagal.

I believe you can’t change the system tanpa mengubah pemikiran. Dan kita tak boleh mengubah pemikiran tanpa mengubah budaya. Dan kita tak akan boleh mengubah budaya tanpa mengubah pemakanan.”

“You are talking philosophy now.”

“No..aku bukan nak berfalsafah...tapi bercakap apa yang telah berlaku. "

"Can you prove that food can change culture?"

"Yes. In the '70s, Nestle memperkenalkan Maggi Mee. Mee bukan makanan ruji orang Melayu, tapi ia digunakan untuk mengubah budaya Melayu. Akhirnya ramai Melayu jadi Ali Baba.

Tahun '80an, KFC dan McD pula memperkenalkan ayam goreng dan kentang. Akhirnya Melayu jadi Mat Saleh celup. Cakap pun pakai 'I dan you."

Tahun '90an, Yusoof Taiyoob pula mula memperkenalkan makanan sunnah. Habis di import kurma, zaitun dan tin untuk dimakan. Akhirnya Melayu bertukar jadi Pak Arab pakai jubah dan serban. Cakap pun pakai 'ana dan enta'.
Sambal belacan pun tolak tepi dan digantikan dengan halwa tahina.

"How can farming system influence the thinking, then?"

Sebelum tahun 1970, makanan yang dihasilkan sepenuhnya organik. Tak ada racun...tak ada baja kimia. Manusia, haiwan dan tumbuhan hidup secara dinamik...masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Selepas tahun ‘70, kita bertukar kepada sistem yang sekarang dipanggil konvensyenal. Budaya pertanian mula pupus.

Dalam pertanian konvensyenal, tumbuhan yang tidak mempunyai nilai komersil akan dihapuskan dan dianggap semak. Satu ladang satu produk.

Dan ini mempengaruhi sistem kehidupan manusia. If you're not with me, you're my enemy. Kepelbagaian tidak lagi diraikan.

Tahun ‘90an, kita mula mempraktikkan biotek. What is biotech? Petani biasa tak taupun apa itu biotech. Mereka hanya pengguna.

Dan ini mempengaruhi pemikiran kita. Kita hanya menjadi pengguna teknologi, guided with menus.

Budaya pertanian tinggal sejarah.”

“So..you want to go back to the 60s?”

“Neophillically”

“What is that?”

“Looking at the old thing from new perspective.

“Legalise marijuana..bringing back Woodstock..Hippies lifestyle.. ha.ha.ha.”Chantal perli aku.” So..what are you going to start with?”

“Understanding what is agriculture.”

No comments:

Post a Comment