Sunday, February 14, 2016

Ilmu vs Jahil

https://www.facebook.com/mohdnakhaie.ahmad.5?fref=nf

Setinggi mana pun ilmu orang yang alim tidak akan menang jika berlawan dengan orang yang jahil. Kerana orang yang jahil bukan untuk dilawan tetapi untuk dipandu dan dibimbing. Diantara orang yang alim dan yang jahil itu terdapat golongan yang tidak sangat jahil dan tidak pula alim secukupnya. Diberi nasihat tidak didengar dan kata-katanya bercampur madu dan racun. Suka bertengkar dan tidak akan mengalah. Pandainya tidak dapat diambil pengajaran dan bodohnya tidak dapat diajar. Suka berbeza dengan sesiapa sahaja supaya ia dikenali. Pengikutnya orang yang berbudaya kagum yang melihat semua yang baru adalah indah dan pandangan gajil adalah menarik.


No comments:

Post a Comment