https://www.facebook.com/alkhalidisufiorder/?ref=page_internal&fref=nf
Kita perlu ilmu syari'at dan hakikat kerana umpama kedua-dua ilmu ini jasad(syari'at) dan roh(hakikat)
Abu Hamid Al-Ghazali (Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali)
Abu Hamid Al-Ghazali (Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) berkata, “Bergabung(berserta) dengan kalangan sufi adalah fardhu ain.Sebab,tidak seorang pun terbebas dari aib atau kesalahan kecuali para nabi.” (Ahmad Ibn Ujaibah,Iqazh Al-Himam fi Syarh Al-Hikam,vol 1,hlm 7.)
Abu Hamid Al-Ghazali (Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) juga berkata, “Pada awalnya aku adalah orang mengingkari kondisi (keadaan) spiritual orang-orang soleh (ahli-ahli sufi) dan darjat-darjat yang dicapai oleh para ahli makrifat.Hal itu terus berlanjutan sampai akhirnya aku bergaul dengan mursyidku,Yusuf an-Nasaj.Dia terus mendorongku untuk melakukan mujahadah,hingga akhirnya aku memperoleh kurnia-kurnia ilahiah.Aku dapat melihat Allah di dalam mimpi.Dia berkata kepadaku, “Wahai Abu Hamid,tinggalkanlah segala kesibukanmmu.Bergaullah dengan orang-orang yang telah Aku jadikan sebagai tempat pandangan-Ku di bumi-Ku.Mereka adalah orang-orang yang menggadaikan dunia dan akhirat kerana mencintai Aku. ‘Aku berkata, ‘Demi kemuliaan-Mu,aku tidak akan melakukannya kecuali jika Engkau membuatku dapat merasakan sejuknya berbaik sangka terhadap mereka. ‘Allah berfirman, ‘Sungguh Aku telah melakukannya.yang memutuskan hubungan antara engkau dan mereka adalah kesibukanmu mencintai dunia.Maka keluarlah dari kesibukanmu mencintai dunia dengan suka rela sebelum engkau keluar dari dunia penuh dengan kehinaan.Aku telah melimpahkan kepadamu cahaya-cahaya dari sisi-Ku Yang Mahasuci. ‘Aku bangun dengan penuh gembira.Lalu aku mendatangi Syeikh-ku,Yusuf an-Nasaj, dan menceritakan tentang mimipiku itu.Dia tersenyum sambal berkata, ‘Wahai Abu Hamid,itu hanyalah lembaran-lembaran yang pernah kami peroleh di peringkat awal perjalanan kami.Jika engkau tetap bergaul denganku,maka mata hatimu akan semakin tajam.’ (Taha Abdul Baqi Surur(wafat 1383 H),Syakhshiyyat Shufiyyah,hlm.154.)
Abu Hamid Al-Ghazali (Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) juga berkata, “Di antara hal yang wajib bagi seorang salik(murid sufi atau tariqat) yang menempuh jalan kebenaran adalah bahawa dia harus mempunyai seorang mursyid dan pendidik(murabbi)spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya,serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantikannya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.Yang dimaksud dengan pendidikan di sini,hendaknya seorang pendidik(murabbi)spiritual menjadi seperti petani yang merawat tanamannya.Setiap kali dia melihat batu atau tumbuhan yang membahayakan tanamannya,maka dia langsung mencabut dan membuangnya.Dia juga selalu menyirami tanamannya,agar dapat tumbuh dengan baik dan terawat,sehingga menjadi lebih baik dari tanaman lainnya.Apabila engkau telah mengetahui bahawa tanaman memerlukan perawat,maka engkau akan mengetahui bahawa seorang salik(murid sufi atau tariqat) harus mempunyai seorang mursyid.Sebab,Allah mengutus para rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus.Dan sebelum Rasulullah SAW wafat,beliau telah menetapkan para khalifah sebagai wakil beliau untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah.Begitulah seterusnya,sampai hari Kiamat.Oleh kerana itu,seorang salik(murid sufi atau tariqat) mutlak memerlukan seorang mursyid.” (Abu Hamid Al-Ghazali Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali,wafat 505 H,Khulashah at-Tashaniff fi at-Tasawwuf.)
Di antara yang pernah dikatakan oleh Imam Al-Ghazali adalah: “Murid memerlukan seorang mursyid atau guru yang dapat diikutinya,agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus.Jalan agama sangatlah samar(dugaan dan gangguan),dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas.Oleh kerana itu,jika seseorang yang tidak mempunyai Syeikh yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya(berserta) menuju jalannya.Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.Masa depannya ibarat pohon yang tumbuh sendiri.Pohon itu menjadi kering dalam waktu singkat.Apabila dia dapat bertahan hidup dan berdaun,dia tidak akan berbuah.Yang menjadi pegangan seorang murid adalah Syeikhnya.Maka Hendaklah dia berpegang teguh kepadanya.” (Abu Hamid Al-Ghazali Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali,Ihya Ulumuddin,vol .3,hlm.65.)
Di samping itu, Abu Hamid Al-Ghazali (Al-Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) juga pernah menyatakan,”Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya,maka Dia akan memperlihatkan kepadanya penyakit-penyakit yang ada di dalam jiwanya.Barangsiapa mata hatinya terbuka,nescaya dia akan dapat melihat segala penyakit.Apabila dia mengetahui penyakit itu dengan baik,maka dia dapat mengubatinya.Namun majority manusia tidak mengetahui penyakit-penyakit jiwa mereka sendiri.Seorang di antara mereka dapat melihat kotoran di mata saudaranya.Tapi dia tidak dapat melihat kotoran di matanya sendiri.Barangsiapa ingin mengetahui penyakit-penyakit dirinya,maka dia harus menempuh empat cara.Pertama,dia harus duduk di hadapan seorang mursyid yang dapat mengetahui penyakit-penyakit jiwa dan menyingkap aib-aib yang tersembunyi.Dia harus mengendalikan hawa nafsunya dan mengikuti petunjuk mursyidnya itu dalam melakukan mujahadah.Inilah sikap seorang murid terhadap mursyidnya,atau sikap seorang pelajar terhadap gurunya.Dengan demikian,mursyid atau gurunya akan dapat mengenalkannya dengan penyakit-penyakit yang ada dalam jiwanya dan cara mengubatinya…”
(Kitab Haqaiq anit-tasawwuf)
No comments:
Post a Comment