Friday, February 24, 2017

Apa Erti Khusyu?

Apa ertinya Khusyu'?

Syaikh Sa'id Bin Ali Bin Wahf Al Qahthani dalam kitabnya Al Khusyu' Fis Solat menguraikan makna khusyu' menurut sunnah dan pendapat ulama salaf.

Khusyu' dari segi bahasa

1. Di katakan "Khasya'a" apabila merendah dan menundukkan kepalanya.

خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ ....
(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah
(Al Qalam 68:43)

2. Ada juga mengatakan bahawa khusyu' sinonim dengan kata khudu'. Bezanya Khudu' itu diperuntukkan utk anggota badan sedangkan khusyu' diperuntukkan pada tubuh, suara, dan pandangan sebagaimana firman Allah:

يَوۡمَٮِٕذٍ يَتَّبِعُونَ ٱلدَّاعِىَ لَا عِوَجَ لَهُ ۥ‌ۖ وَخَشَعَتِ ٱلۡأَصۡوَاتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ فَلَا تَسۡمَعُ إِلَّا هَمۡسًا

Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.
(Thaha 20:108)

Khusyu' juga bererti as-sukun wat tadzallul (tenang dan merendahkan diri)
Kata khusyu' ini diambil dari kalimat "khasya'atil ardhu" iaitu bumi yang diam dan tenang.

3. Ibnu Qoyyim mengatakan khusyu' secara bahasa bererti inkhifadl (kehinaan), dzull (kerendahan), dan sukun (ketenangan)

Berdasarkan juga firman Allah di atas (Thaha 20:108)
Yang bermaksud

"Dan semua suara lirih merendah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar, kecuali bisikan saja"

Maksudnya:
Suara-suara menjadi tenang, hina dan tunduk.
Dengan pengertian ini, kata khusyu' dinisbatkan pada bumi.
Maka bumi yang khusyu' bermakna kering kontang, terlihat menurun, tidak lebih tinggi dari air dan tumbuh-tumbuhan.

خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌ‌ۖ وَقَدۡ كَانُواْ يُدۡعَوۡنَ إِلَى ٱلسُّجُودِ وَهُمۡ سَـٰلِمُونَ

(Dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

4. Ayat-ayat Al Quran yang lain untuk rujukan
1. Al Ghasyisyah 88:2
2. Al Qamar 54:7
3. An Nazi'at 79: 8 - 10
4. Asy Syura 42: 45

Makna khusyu' yang terkandung dalam beberapa ayat di atas menunjukkan ketundukan, ketenangan dan kerendahan bagi semua anggota tubuh.

Nantikan sambungannya ....
Khusyu' Menurut Istilah
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,"
(Al Mu'minun: 1 - 2)

https://www.facebook.com/noralizaa/posts/1611809365511095

No comments:

Post a Comment