Saturday, February 11, 2017

Golongan Ruwaibidhoh

Adakah kita termasuk golongan Ruwaibidhoh?

Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan.

يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ
Ketika itu pendusta dianggap orang yang benar sedangkan orang yang jujur pula didustakan,

وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ
pengkhianat dianggan orang yang amanah sedangkan orang yang amanah pula dianggap sebagai pengkhianat.

وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ
Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.”

قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ
Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”.

قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Beliau menjawab, “Orang lekeh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”

(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Sahihah [1887] as-Syamilah).

~~~~~~~~~~

Pada saat ini, betapa ramai orang yang berbicara mengenai agama tanpa ilmu yang sahih. Lihat sahaja di Facebook, betapa ramai juga yang memberi komentar-komentar berkenaan agama sesuka hati tanpa mengetahui dan mengenal pasti apa yang benar dan apa yang salah.

Sewajarnya pada era fitnah ini, kita berbalik kepada para alim ulama' untuk menuntut ilmu untuk diamalkan dalam hidup. Bukan menyibukkan diri dengan isu-isu yang kurang membawa faedah kepada diri dan ummah. Semoga kita semua dilindungi daripada menjadi golongan Ruwaibidhoh.

Channel Telegram K-Fiqh

https://www.facebook.com/BalaiIslamKK8/posts/934423306625820

No comments:

Post a Comment