Saturday, February 18, 2017

Kitab Al Ibanah'an Usul al Diyanah Bukan Penulisan Imam Abu Hasan Al Asy'ari!


Kunjungan ke Maghribi dipenuhi dengan mengunjungi Maktabah Diraja Maghribi. MasyaalLah dipenuhi manuskrip lama bernilai jutaan ringgit. Khazanah yang tidak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya. Maktabah ini sebahagian kawasan istana, jadi tak boleh ambil gambar.

Sempat berjumpa Dr Khalid Zahri, penjaga manuskrip Maktabah Diraja Maghribi dan kami dijemput makan malam di rumahnya. Beliau pakar "Kodekologi Dan filologi", iaitu suatu ilmu yang sefaham saya, ilmu pasal manuskrip dan melihat peristiwa di sekitar manuskrip.

Saya sempat bertanya pasal kitab Al-Ibanah an Usul al-Diyanah yg dinisbahkan kpd imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau menghuraikan terdapat 3 pandangan, iaitu
1) memperakui kitab tersebut dr Imam Abu Hasan;
2) memperaku tetapi mengatakan ada tangan jahat mengubah nas kitab tersebut
3) menolak kitab tu tulisan Imam Abu Hasan.

Dr Khalid Zahri berpandangan pandangan yang ke 3, iaitu kitab tersebut bukan tulisan Abu Hasan Al-asy'ari.

Lantas ana tanya bahawa Ibn Asakir (wafat 571H) nisbahkan pd Imam Asyari. Tenang beliau berkata bahawa Ibn Asakir ahli Sejarah, kurang mementingkan riwayat. Dia bukan ulama hadis yg mendalam nukilannya.. ada ulama sezaman iaitu ulama hadis iaitu Qadi Iyadh (wafat 544H) menisbahkan kitab al-Ibanah kpd abu Marwan al Malik al-Sa'di seorang Hasyawiyah Hanabilah. Abu Marwan tu wafat 330H, manakala Abu Hasan al-Asy'ari wafat 324H. Namun nama kitab al-Ibanah tulisan Abu Marwan menggunakan perkataan "في" dan bukan "عن".

Golongan awal ulama tabaqat tidak menisbahkan kitab tersebut kepada Imam Abu Hasan.

Lps tu Dr Khalid berkata..cerdiknya tazwir (penipuan) kitab tu ialah muqaddimah ibanah dan pengakhirannya dimasukkan kandungan kitab al-Luma' yang sahih karangan Imam Al -Asy'ari.

Manakala di tengah- tengahnya digodak dengan idea Hasyawiyah mujassimah.

Bukti al-Ibanah bukan kitab Imam Abu Hasan ialah dlm kitab Ibanah ada 33 tempat takfir, sdgkan Abu Hasan al-Asy'ari terkenal tidak kafirkan ahlu kiblat.

Dalil ke 2, Imam Abu Hasan berterusan dikutuk oleh golongan Hasyawiyah Mujassimah zaman berzaman.

Dalil ke 3, bab qadim al-quran dlm Ibanah menyalahi ASWJ. Dan banyak dalil lagi.

Lama saya tawaqquf pasal kitab Al-Ibanah ini. Ini penjelasan paling tenangkan jiwa saya.

Allahu al-Musta'an.

https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/1266300600104328

No comments:

Post a Comment