SUDAH AGAK LAMA saya tidak berbicara tentang ilmu Mantiq, Falsafah dan Kalam.
Hari ini ada yang bertanya kepada saya tentang satu isu setelah beliau membaca buku Matan Isaghuji yang saya terjemahkan.
Beliau meminta agar saya menjelaskan kepadanya mengenai konsep bil-quwwah dan bil-fi'l.
Baiklah sahabatku sang pembaca, akan kujelaskannya kepadamu secara ringkas dan jelas, insha-Allah.
1. Setiap yang wujud, kecuali Allah, mungkin wujud secara bil-quwwah, dan mungkin juga wujud secara bil-fi'l. Saya terjemahkan bil-quwwah sebagai "secara perbakatan", manakala bil-fi'l diterjemahkan sebagai "secara perbuatan".
2. Sebagai contoh, Zaid mempunyai ilmu, tangan, pen dan kertas, maka sekarang dia mempunyai bakat, upaya, potensi dan kemampuan sebagai penulis. Ketika ini, Zaid dikatakan sebagai "seorang penulis secara perbakatan". Ini kerana dia ada bakat untuk menulis, tetapi masih belum menulis.
3. Apabila Zaid menggunakan ilmu, tangan, pen dan kertas yang ada untuk menulis, maka ketika itu Zaid dikatakan sebagai "seorang penulis secara perbuatan". Ini kerana dia sedang menzahirkan bakatnya itu secara realiti dan aktual.
4. Setelah ia selesai menulis, jika dia masih ada ilmu, tangan, pen dan kertas, maka Zaid kembali kepada keadaan "seorang penulis secara perbakatan".
5. Jadi, bil-quwwah ialah keadaan di mana sesuatu itu tidak wujud secara realiti, tetapi ianya ada bakat dan potensi untuk berlaku. Bil-fi'l pula ialah keadaan di mana sesuatu yang pada asalnya hanyalah suatu bakat, kemudiannya ia wujud dan berlaku secara nyata.
6. Dua konsep ini diaplikasi dalam ilmu Kalam di bawah tajuk Ta'alluq. Kemampuan dan keupayaan Allah untuk mencipta merupakan sesuatu yang bil-quwwah, ia dinamakan Ta'alluq Suluhi Qadim. Setelah Allah berkehendak dan mencipta, maka ia menjadi sesuatu yang bil-fi'l, ia dinamakan Ta'alluq Tanjizi Hadis.
7. Dalam ilmu fizik pun ada kedua-dua konsep ini. Apabila sesuatu objek itu berbakat untuk berlakunya sesuatu pergerakan padanya, ia dinamakan Tenaga Potensial. Ketikamana objek itu sedang mengalami pergerakan tersebut, ia dinamakan Tenaga Kinetik.
TAMMAT
:)

LikeShow More Reactions
Comment
32 comments
Comments
Rara Aminil Terima kasih atas pencerahannya.
Naseer Sobree Sama-sama. Semoga bermanfaat, insha-Allah. 
Jabbar Salleh kemas sekali penerangannya. terima kasih
Naseer Sobree Alhamdulillah, sama-sama tuan. 
Mohamad Ridhwan Alias Saya azam nak beli suatu hari nanti. Masuk dalam senarai. Insha Allah
Naseer Sobree insha-Allah 
Ahmad Syaibani Ramli Hayula maujud bilquwwah? Apabila surah becamtum dgn dia maka dia maujud secara feel? Jd sbnaqnya hayula ni tak wujud pun?
Naseer Sobree Jika begitu, kedua-duanya tidak wujud. Kerana masing-masing tidak mampu wujud secara berasingan. 
Mohamad Akmal Yob jadi هيولى yang dikatakan setengah orang sebagai qadim itu, adalah salah kan?
Yusra Hulaimi Ia (hayula) wujud. Tetapi bil-quwwah, secara potensi. Kan?
Naseer Sobree Mohamad Akmal Yob, jika anda merujuk kepada golongan naturalis, maka ianya memang tidak benar. Namun, perbincangannya sangat kompleks, tidak semudah itu untuk membuat kesimpulan. Mungkin boleh rujuk video saya tentang Kontroversi Tiga Penjuru. 
Naseer Sobree Benar Alwi Radhiah, yang kami maksudkan ialah wujud bil-fi'l. 
Wan Ahmad Fikri slm ust..ust ade buat 2 buah buku mantiq kn? isaghuji dan dialog existologi....untk org yg bru nk blaja mantiq sesuai yg mne satu?
Kurnia Ilham ini ulasan paling mudah
Naseer Sobree Alhamdulillah, terima kasih ustaz Kurnia Ilham. Mohon diperbetul jika ada yang tersalah. 
Kurnia Ilham hayula adalah ringkasan haiah ula
Muhd Sirajuddin Zabidi Bila dikaitkan dengan ilmu fizik sangat jelas pemahamannya. Bagus sekali penerangan tuan Naseer Sobree.
Najibah A. Bakar Terima kasih atas penjelasan Tuan Naseer Sobree. Sangat membantu pemahaman.
Mohd Hilmi Abdullah Kawe tak dak bakat menyanyi ...... tapi gila nak nyanyi ....... bila kawe menyanyi, adakah berlaku wujud bil fi'li ?
LikeReply29 April 2016 at 21:28Edited
Naseer Sobree Bagus soalan tu tuan doktor Mohd Hilmi. Jika begitu, ia dikatakan berbakat penyanyi, cuma bakat itu tidak sempurna. Jika ia tiada bakat langsung, maka ia tidak akan mampu menyanyi walaupun sedikit. Jadi, ia adalah penyanyi bil-quwwat al-naqisah. 
Muhammad Khairool Haque dah mula tulis... lengkapkan sekali syarah seluruh kitab ni ustaz. hehe
Mohammad ZR Terima kasih tuan.apakah penerangan taqluk qabdhah (gengaman) bagi qabdhah soluhi qadim dan qabdhah tanjizi hadits juga menggunakan method berkenaan.
محمد عزري Kena buat kuliyah mingguan Isaghuji di Penang ust, dah lama tunggu ni hehe...
Naseer Sobree Mohammad ZR, ta'alluq qabdah itu hanyalah pecahannya. Ia berkait dengan iradah, yakni kehendak Allah, sama ada mahu mengekalkan ketiadaan sesuatu yang tiada, atau mengekalkan keberadaan sesuatu yang ada yang mana sebelum itu ianya tiada, atau mengekalkan ketiadaan sesuatu yang tiada yang mana sebelum itu ianya ada. 
Saiful Adlie Akhi Naseer Sobree, nak tanya.

'Ardh lazim = bilquwwah ke?
...See more
Azzam Nur Menurut Ibnu Sina: "Waktu hanya boleh difahami bila dihubungkan dengan gerak, tidak ada gerak jika tidak ada Tuhan".
Ibnu Sina menyangkal pendapat Aristoteles bahawa sumber gerak adalah kekuatan yang tidak kelihatan iaitu Tuhan kerana menurut Ibnu Sina
...See more