https://www.facebook.com/AbuRadhiah94/posts/1147569781941824
Zakir Naik ialah Qur'ān bergerak. Ya, betul. Tapi beliau tak lebih daripada itu. Seperti juga mashaf Qur'ān, tidak bermanfaat melainkan jika ditelaah dengan disiplin yang betul. Maka pendapat² Zakir Naik tidak akan bermakna apa²- malah mungkin berbahaya- melainkan beberapa langkah berhati² diambil dalam menerima nya. Sepertimana Qur'ān juga boleh membawa kepada kesesatan jika disantuni bukan melalui pintu yang sepatutnya.
Zakir Naik itu sangat umum ucapan² nya, sesuai dengan kumpulan audiens sasaran nya. Walaupun terdapat beberapa jawapan² nya yang sebenarnya dilandasi dengan argumen yang sarat dengan kerumitan. Aku tak pasti sama ada dia memang sengaja tidak mahu menghuraikan kedalaman argumen nya atau dia memang tidak tahu.
Namun bukan Zakir Naik itu yang harus ditahan dari bercakap, tetapi ucapan dan jawapan² nya yang harus diperjelaskan keterpakaian nya kepada massa. Sepertimana Ibn Rushd memperjelas kedudukan falsafah dalam kritikan Al-Ghazzālī.
Atau jika memang ada kandungan ucapannya yang tidak diiktiraf oleh jumhur, aku fikir umum mempunyai pengetahuan yang memadai untuk mengenalpasti nya.
Sebab itu pengajian Qur'ān pun ada disiplin asbāb nuzūl, nasakh mansūkh dan lain². Supaya kandungannya boleh didekati dengan betul dan pesan² nya tidak disalah erti. Seperti itu juga dengan ucapan manusia, kita diajarkan dengan ilmu retorik. Dengannya kita menilai ucapan² manusia, terlebihkah atau terkurangkah garamnya.
Dan dalam disiplin retorik itu kita diajarkan dengan konsep "enthymeme", iaitu premis² panjang yang tidak disebutkan tetapi terkandung dan sedia maklum dalam argumennya. Dalam perundangan juga ada konsep "judicial notice"- sesetengah perkara tidak perlu disebutkan di dalam mahkamah kerana sedia diketahui umum. Dalam urusan harian, kita ada apa yang dinamakan dengan "common sense" atau "general knowledge".
Apa² pun, "pengetahuan umum" tersebut perlu sentiasa diberikan perhatian dan digunakan sebagai alat analisis ucapan². Jika tidak kita akan kerap kali terjerumus ke dalam falasi "argumentum ad ignorantia". Juga, janganlah bendul sangat sehinggakan, tanpa fikir dua kali, langusng di'wahabi'kan nya.
P/s: pun begitu, aku juga kurang bersetuju dengan kaedah da'wah nya. Sesetengah persoalan² yang bersifat perbandingan agama itu terlalu kompleks untuk dibawa turun ke peringkat umum dan ringkas sebegitu.
No comments:
Post a Comment