https://www.facebook.com/syed.m.alattas/posts/10154035842916221
Angkara siapakah memisahkan 'alam melayu
dengan shaykh hamzah?
Kenapa tidak dikaji dan dihayati segala karyanya,kitabnya,sharahnya dan sha'irnya?
Siapakah yang telah salah mengaku murid kepada shaykh hamzah sedang bukan benar benar memahami ajarannya?
Bagaimana dari guru yang sempurna yang peroleh khilafah dari benua yang 'ali,
Yang mewarisi hikmah,
yang mahir rumi dan al-ghazali
Boleh terbit ajaran mulhid,
Yang zindiq menyalahi tauhid?
Bagaimana sang sufi
dikelirukan dengan yang hululi?
Dan bagaimana pula yang dipersalahkan
Adalah shaykh nuruddin yang serba sempurna ilmunya,
Yang memerangi mulhid yang gila demi mempertahan tauhid yang esa?
Bagaimanakah shaykh raniri yang haybat
Dituduh menyesat seluruh benua,
Dibilang semata ulamak syariat
musuh ilmu hakikat?
Siapakah yang menanggung
Bila umat melayu tersinggung,
Terpisah dari ilmu teragung?
Andai sahaja mereka mengenal
Shaykh Hamzah pasti akui
Bahasanya indah,
Budi-akalnya bukannya rendah,
Daim mendapat rahmah,
Tasawwufnya kamal,
Bukan bersepah!
Kalau kenal mereka akan shaykh Raniri,
Sangat tinggi bahath ilmi,
Bahathnya akan wujud,
yang wajib dan masyhud
Pustakanya sejarah,
Karanganya bak kutub khanah.
Bahasa falsafah teramat sempurna
Madhab pemikiran ditafsilkannya,
Sumber ilmu dan ilmu diri dibahathnya,
Perbandingan agama itupun bidangnya!
Kalau kajiannya diperhati
Dengan hurmat dan mengenal makam diri,
Disitu akan didapati,
Zihin,qalbu,ilmu,wujud, alam,semuanya diteliti!
Andai sahaja mereka dikenali
Anak melayu
Kelengkapan dan persiapan ilmiah ada disitu.
Sehingga nanti berkuranglah
Jumlah anak melayu yang terlalu
Hairan dan kagumkan barat,
Pemikir almani mendakwa tuhan
Mati tiada ditakuti,
kerana mereka tahu
Bahawa faylasuf itu
Gagal mendapat bukti yang jitu,
Bergantung semata dengan falsafah tiada memanfaati wahyu!
Tiada takut pula mahupun terpengaruh akan
Faylasuf yahudi,
Yang dikafirkan oleh kaumnya sendiri
Sebelum menerima nasib yang sama dari kaum nasrani
Kerana mendakwa kitab injil bukan tanzil
Tetapi ajaran para leluhur,
Dibarat hujah ini masyhur!
Tidak akan gentar mereka dengan hujahnya
Alam ini adalah tuhan, dan tuhan adalah alam ini,
Kerana menurut shaykh Raniri,
Ini kesalahan mantiqi!
Bayangan zayd bukanlah zayd,
Alam ini mazhar, bukan kesuluruhan zat al-Jabbar!
Barangkali
Tiadalah akan anak muda terkeliru menyembah alam dan menyeru,
Agama adalah ciptaan manusia
Bagi mengawal selia yang lemah bagi yang berkuasa,
Dan candu bagi yang lemah tersiksa.
Barangkali merekatakkan menyempitkan
Agama pada bicara
sanad hadith dan hukum semata,
Kerana menurut shaykh hamzah shar'iah adalah pagar,
Tetapi makrifatlah' labanya!
Barangkali
Alim dan yang mengaku alim tidak
Akan berlaku sombong
Bila membaca Karya shaykh Raniri
Yang ketokohannya tiadapat diragui
Tetapi mengakui ke hadhrat Ilahi,
Bahawa beliaulah al-faqir, yang haqir dan hina, berhias dengan segala kesilapan dan memohon untuk diampunkan.
Sanya sesungguhnya
Beruntunglah alam melayu dikurniakan
Guru yang Alim yang dimuliakan.
Semoga shaykh nuruddin dan shaykh hamzah
Terus dikaji,
Seperti dante di itali,
Seperti plato,aristotle dan nietzche.
Semoga shaykh hamzah dan shaykh Nuruddin
Dikurniakan rahmat dan pengampunan ilahi,
Ditinggikan darjat dipersatukan dengan para Nabi!
Dan semoga sang Alim yang menjernihkan
Sejarah dan memperkenalkan akan tokoh tokoh ini turut dihargai dan dimuliakan,
Dikasihi dan diperdengarkan!
No comments:
Post a Comment